Ala La Sayang Dia

Lama betul aku tak masturbate blog aku ni, kesian die tak dapat sentuhan aku. Wahai blog, walaupun aku selalu post gambar kurang enak untuk dilihat, tetapi aku tetap sayang kau blog. Tanpa kau, mesti kertas jadi bahan untuk aku luahkan perasaan. Tambah lagi aku kena photostat kertas itu untuk tampal di rumah rakan-rakan blog aku pasal kau tiada. Bukan ke itu sangat menyusahkan? Oleh kerana kau banyak berjasa kepada aku wahai blog, yang telah buat orang semua kagum kerana aku bagi kau baju cantik (theme design heheh), ayat-ayat power, conteng sana-sini dan macam-macam lagi tanpa kerelaan kau dinoda oleh tuan kau (aku la tu). Maka aku bagi kau makan McDonald.

Ripsta Feed McDonald

Hah, makan makan. Jangan malu-malu. MAKAN LAAAAA, ISKKK (dengan nada marah).

Jangan marah ye sayang ku blog, nanti kekanda akan pakaikan kamu baju yang baru ye (minggu depan tukar theme baru kat blog ini, harap maklum)

Okay Ady, cukup pengarutan kau. Sebenarnya, sekarang aku banyak dapat projek berkaitan dengan design / website / docummentation / programming / consultancy dan baru-baru ni baru aku sedar yang company aku dah tamat tempoh perkhidmatannya. Dengan pantas aku menghidupkan dia kembali kerana aku masih lagi mahu die berkhidmat untuk aku. Tapi yang sedihnya, aku telah membuat keputusan setelah satu perbincangan besar oleh para-para ahli musyuarat untuk menukar nama syarikat, dengan itu, lahirlah satu company melayu yang menyediakan khidmat “IT / Multimedia / Printing / Programming and all related with its” yang bernama “Freestyle Studio” (Terima kasih “Freestyle Designs Studio” atas jasa-jasa namamu dulu).

Kami sebulat suara mengantikan nama “Freestyle Designs Studio” kepada “Freestyle Studio” kerana FDS (Freestyle Designs Studio) nampak hanya pada design sahaja, FS (Freestyle Studio) nampak lebih umum. Sebenarnya, aku mencadangkan “Studios” kerana nama itu nampak lebih commercial, tapi telak direject oleh Jabatan Pendaftaran Perniagaan Malaysia kerana “Single Name” tidak dibenarkan. Cis kepada anda. Aku penat buat logo baru, dah siap dah pun. kena tukar lagi la jawapannya.

Freestyle Studio

Sekarang tengah masuk tender untuk satu software yang bernilai RM2 juta. Harap dapatlah projek tu, doa-doakanlah ye. Esok aku akan jumpa seorang yang direkemenkan oleh Shasheera, dia nak buat website photographer. Malam ni aku akan memulas-mulaskan otak aku untuk buat template website dia satu dua jenis.

Pengasas The Youth Intelligent, Joel Neoh, telah menghubungi setalah aku mendaftarkan diri di Youth Media tempoh hari (dengan harapan dapat mempromosi blog aku di Youth Media secara besar-besaran). Dia telah melihat website aku dan sangat kagum dengan portfolio aku dan telah mempromosikan aku pada kawan-kawan dan kenalannya jika meraka mahu design atau yang berkaitan dengan design dan programming. Aku akan usulkan idea-idea aku kepada Joel dalam masa terdekat. Harap dapat berkerja sama dengan beliau dimasa hadapan kerana beliau seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang Internet Marketing Malaysia.

P/s: aku akan terus menggunakan bahasa baku malaysia kerana ini ada berkaitan dengan “SEO” Search Engine Optimizer. Aku akan menceritakan apa itu “SEO” pada post aku nanti. Ia sangat berguna untuk penulis blog. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan, doakan kejayaan aku.

Advertisements

11 Comments (+add yours?)

  1. sheera
    Apr 10, 2009 @ 18:30:23

    jyeah! nnt kite ade company. tggu i abes belaja. for now i akn carik jobssssssss.

  2. :)
    Apr 10, 2009 @ 19:19:37

    amin!

  3. ur SWEETheart
    Apr 11, 2009 @ 09:33:53

    Gud for you!! Wishing you all the best in what ever you did, you do & will do..suke tgok anak melayu kite semangat usaha x putus2..sentiasa x lekang sy doakan tuk kejayaan awk.aminnn..

  4. ijamidayu
    Apr 11, 2009 @ 09:56:59

    Tahniah bro…

  5. stef
    Apr 12, 2009 @ 14:39:10

    wah smkin meletup ko ni!! well done n all d best my friend! :)

  6. copy/paste
    Apr 12, 2009 @ 15:29:05

    ada offer kejer part time tak?
    may till june~…

    jadi fotokopi boy ke..
    tukang isi tender ke..huhu~

    p/s: congratz bro~…wish u all d best

  7. ZARA 札拉 [사랑해~]
    Apr 12, 2009 @ 19:34:55

    Nazeef minta kerja, aku pun mau join juga lah..=p

    BTW, nice logo there and good luck! Yeay! Blog kamu mmg telah dipromosi secara besar-besaran

  8. dewid'
    Apr 12, 2009 @ 22:00:54

    wah…tahniah..
    btw.buatkan baju utk cik dewidanianye blog.hahahah..
    =p

  9. Ripsta
    Apr 13, 2009 @ 10:33:35

    wah, baru post sudah camni jadi..
    ngeee..
    macih kawan2 semua..
    sayang korang gak macam blog ni gak..
    ahahha.. thank for all ur support from beginning..
    tatau nak balas camne..
    sorang satu roti canai leh? :D

  10. crax
    Apr 13, 2009 @ 12:07:52

    lol…im so proud of u!

  11. dewid'
    Apr 13, 2009 @ 13:09:19

    mane cukup roti canai da…hahahah ape la u ni ady

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: