Pengembaraan Ke Penang

By the way, tak sempat nak wish “Selamat Hari Buruh” pada para-para buruh semua. Jangan sia-siakan hari buruh anda, tidolah sepuas-puas hati anda. hahaha. Pada yang tidak dapat cuti, saya tetap ucapkan “Selamat Bekerja Buruh”. hahaha.

Oleh kerana cuti 3 hari dari jumaat dan aku tidak ada apa-apa plan untuk habiskan cuti (padahal dah janji nak pergi Penang). Aku ambik keputusan dengan rakusnya (sorry mak, tak dapat ikut pergi kenduri kat Negeri Sembilan) pergi bercuti di Penang. Aku ada seorang kawan yang berkerja dengan Parkmay (Syarikat Pengangkutan), aku pun tanyalah dia pasal nak pergi Penang naik bas macam-mana, maklumlah tak pernah travel naik bas (save bajet konon). Pong peng pong peng, dia pun setuju nak pergi beli tiket bas kat stesen KTM pasal dia kerja pagi tu, alang-alang nak pergi kerja bawaklah aku sekalikan, memandangkan aku ni tak celik nak beli tiket bas (malu siot). Pagi tu aku dok call dia dari pukul 6.30 pagi (dia janji nak jemput pukul 7) sampai pukul 8. Dia cakap bas paling awal pukul 8.15 pagi. Aku dah cuak pasal mamat ni tak angkat call pulak, taknak tolong cakap je la bukan aku nak maki pun. Aku ambik inisiatif lain dengan mengorek pusat abang aku yang tido mati dengan harapan die hantar aku pagi tu kat stesen KTM (bukan KTM tu stesen keretapi ke?).

Ya, aku pun confuse juga mula-mula, biasalah bodoh alang tak reti naik bas. Sampai kat sana dengan muka selamber aku tanya ane jaga parking situ “Uncle, sini ada bas pergi Penang ke?” skema bukan? Uncle tu rilek menganjing aku “Bukan pergi Penang je, you mau pergi Singapore pun boleh” lain aku tanyer lain jawapan die bagi, sah samam-samalah kita tak ambik SPM, kalau ambik sure fail pasal lain soalan lain jawapan. Terima kasih uncle ye pasal jadi Counter Infomation sekejab tanpa meja dan pembesar suara.

Excited nak beli tiket bas, ada pulak dua jenis bas. Lagi sekali korang berjaya buat aku confuse, satu bas Executive satu lagi bas biasa. Bas Executive bertolak pukul 9 pagi (paling awal pukul 8.15 konon), bas biasa bertolak pukul 10. Dengan selaju bunyi aku pun membeli tiket Executive untuk pergi dan bas biasa untuk balik nanti, beli siap-siap wooo takut tak tau nak beli kat mane nanti. Padahal nak sampai awal pasal dapat spend time lama sikit kat sana. Bijak tak saya?

Maka, bermula la pengembaraan aku ke Penang dengan menaiki bas “Nice”. Memang Nice lah pasal bas tu selesa sangat, aku duduk single seat pasal ada sorang ni doakan aku duduk single seat dengan harapan aku tak duduk sebelah awek (doa dia sungguh laju sampai, tak payah beratur). Malas nak cerita banyak, tengok sendirilah pengalaman pertama aku travel sorang-sorang.

02052009020
Amcam? ada gaya artis naik bas tak? (macam muka cuak naik bas adalah)

02052009021

02052009023

02052009028

02052009029
Wah, macam naik flight lak. Dorang serve makanan.

02052009032

02052009034

02052009035

02052009039

02052009041

02052009045

02052009048

02052009049

02052009052
Inilah orang yang mendoakan saya duduk single seat merangkap tourist guide saya.

Sumpah, seumur hidup aku, tak pernah aku tengok benda pelik. Tapi kat Penang aku telah jumpa benda paling pelik dalam hidup aku. Korang pernah tengok tak tilam racing dengan kereta kat highway? Ek eleh, apa lak aku tipu. Betullah, tak caya kita bet, kalau aku dapat buktikan tilam racing dengan kereta, korang belanja aku Oreo.

02052009055
Kan betul aku cakap, tilam racing dengan kereta.

Aku punyalah terkejut gila, tengok tilam tu bergerak telentang tengah2 jalan sebelah kereta bergerak. ingatkan memang betul-betul dia tengah racing dengan kereta, rupanya ada apek tengah tarik tilam tu. Gelak besar aku dalam kereta dengan Hasweeta. Benda paling pelik yang aku jumpa seumur hidup aku terjadi kat Penang, aku akan ingat sampai mati. ahhahah. Acara pertama adalah menyewa tempat tinggal aku, mengada nak datang mengejut, padan muka aku pasal hotel semua penuh, nasib baik ada tempat kat Angerik apetah. Agak selesa lah kat situ, aircond die sejuk pasal betul-betul depan katil.

Kitaorang pergi makan kat kedai “Line Clear”, bukan tempat buat projek yang line clear tau. Aku pun tak tau kenapa dorang cop tempat tu line clear. Makan Nasi Kandar Original, Nasi Kandar Spicy takde heheh.

02052009058

Hasweeta terus bawa aku pergi tempat kerja dia di Fort Conwallis (ingat lagi tak? Sebagus Travels & Tours). Akhirnya aku dapat juga pergi tempat tu, sangat besar dan cantik. Suka aku lepak situ, pasal dapat tengok gelagak orang. Paling kelakar, ada biji pinang yang sengaja diletakkan kat atas tong tu pasal nak bagi orang rasa. Ada mamat putih ni (orang putih), punyalah curious nak rasa, dia pun try lah biji pinang tu, kemut-kemut muka dia kunyah biji pinang tu. hahahha, Bajet gentlemen lah depan family dia kunyah sampai habis.

02052009059

02052009060

02052009061

02052009062

02052009063

Aku habiskan masa petang aku di Fort Conwallis tu, bila dah nak maghrib Hasweeta hantar aku balik ke tempat tidur ku di Angerik apetah. Dah mandi, solat dan settle semua benda, Hasweeta jemput aku balik pukul 8 lebih. Dia bawak aku round Penang, aku pun tak sure nama semua tempat tu, Batu Feringgi kot. Tempat tu macam uptown kat kuala lumpur ni, ada jual-jual barang bundle dan macam-macam lagi. ikut hati nak je borong semua.

Kitaorang round dulu kat uptown Penang (sedap aku je cop tempat tu uptown Penang). Punyalah syok tengok barang sampai lupa tadi dah lapar gila, itu pun aku yang tegur dia pasal aku dah lapar sangat. hahahha. Dia bawak aku pergi ke restauran (lupa lagi nama tempat tu, kau banyak makan semut la adi). Serius, cantik tempat tu, candle light dinner i tell you. jangan jeles.

02052009064

02052009068

Lepas dinner, hujan telah menyepoilkan waktu-waktu indah kitaorang nak borong barang kat uptown tu, Hasweeta sempat beli beg duit dia je. Kitaorang pergi Gurney Plaza (Aku rasa la, semut mana semut? aku nak makan bagi lupa lagi) nak tengok wayang. Dah janji nak tengok Fast and Furious. Disini saya ingin memohon maaf pada cik Hasweeta kerana mata saya tidak mengikut arahan dan menidurkan diri di dalam cinema, terima kasih kerana bahu anda yang saya pinjam untuk merehatkan mata saya sebentar (bersalah gila ni). Konon nak teruskan plan lepas tengok wayang gi lepak kat tepi laut Queenbay, disebabkan oleh pengkaji cuaca yang cabul mengistiharkan hujan pada malam itu makan kami pun tidak melepakkan diri kami disitu. Dia hantar aku balik pukul 3 pagi. Kesian dia kena drive sorang-sorang waktu-waktu macam tu.

Keesokan pagi (lepas ni takde gambar banyak dah, excited sangat sampai lupa nak bergambar), Bajet nak breakfast pukul 9, aku bangun awal tau (tak penah-penah hari cuti bangun awal) pasal nak semangat nak breakfast. Hasweeta lewat sampai pasal jemput kawan dia Fendi dulu. Dia sampai kat tempat aku kul 11, round punya round kedai roti canai daging dah kehabisan daging. Kecewa lagi sekali, tapi ganti kat tempat lain yang ada roti canai daging.

Lepas hantar Fendi balik (cewah-cewah, bagi line nampak), Hasweeta bawak aku pergi Bukit Bendera, tiket paling awal pukul 3.15. Yaa, lagi sekali kecabulan penyiar kaji cuaca telah menyepoilkan detik romantik, hujan turun pukul 3 (aku ingat lagi masa tu, tepat pukul 3), lagi 15 minit tauuuuuu. Hasweeta cakap “takpe, tiket tu 8 ringgit je”, bukan masaalah 8 ringgit ke ape ke, nak moment naik kereta cabel tu. Takpe, lain kali cuba lagi.

Masing-masing takde plan, dia bawak aku pergi Queenbay Mall. Aku punya lah terkejut ada tempat main Roller-Blade dalam complex tu, tapi dimonopoli oleh budak-budak cina shuffle (saya bukan racist tau). Hajat dihati memang nak tunjuk skill, wah bekas wakil Malaysia turun padang. Disebabkan perut krok krek krok krek, pegi makan Ciken rais chop (Chicken Rise Shop) dulu. Dah habis makan, ada satu kejadian aneh berlaku pada Hasweeta (jeng jeng jeng). Tak boleh cerita, terpaksa dicencoredkan hahahha. Dalam masa berjalan dalam Mall tu, aku belikan dua ekor anak Syaitan cute, dorang ni kembar, sorang hitam sorang merah.

02052009056
Sebelum

03052009073
Taraaaaaaaaaaaa…

Kitaorang shoping barang peribadi dulu, dia rekemankan aku pakai pencuci muka dari Ellianto. Sehari dua je la kot aku rajin. hahaha. Masa tidak mengizinkan aku tunjuk bakat dan mengajar Hasweeta main Roller-Blade pasal dah pukul 4. Plan B, main bowling. Tapi kat tempat lain pulak, kat “BJ” (lagi sekali aku hilang ingatan tak tau BJ tu ape). Padahal ada dua plan, nak pergi rumah dia and paksa dia masak, tapi alasan tiada barang mentah diterima pakai oleh aku. Jadi kami main bowling juga. On the way nak pegi BJ, lagi sekali kejadian aneh berlaku (berapa banyak kejadian aneh lah kau ni, boring tau tak), argggg, nak cerita gak. korang teka ape benda yang melekat kat cermin kereta dia?

03052009071
Berseni bukan? hahaha

Sepanjang main bowling, aku menunjukkan gaya pelik main bowling, lontar sambil duduk setempat, lontar sambil menari, lontar sambil nak terjatuh (ni malu gila). Ternyata dia kagum dengan skill hook aku (berlaku poyo disitu). Dah sampai waktu aku meninggalkan Penang, dia menghangtar aku pergi Terminal bas kat Sungai Nibong, tempat dimana aku sampai Penang. Aku balik meninggalkan Seribu kenangan walaupun hanya 2 hari disitu.

p/s: Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Hasweeta (tau dia akan baca sampai abis blog ni) pasal jaga saya sepanjang saya ada kat Penang. Terima kasih ambik saya masa hari pertama saya sampai dan sanggup tunggu sampai bas bergerak bila hantar saya balik. Saya seronok sangat datang Penang, InsyaAllah nanti datang lagi. Banyak lagi benda tak buat dan tempat yang belum pergi lagi, masa tidak mengizinkan. What a beautiful vacation a while in Penang.

p/s/s: Pada sesiapa yang baca sampai habis, tahniah, aku pun tak sanggup baca balik, panjang sangat. Nah cekelat.

Advertisements

15 Comments (+add yours?)

  1. ur SWEETheart
    May 05, 2009 @ 13:13:58

    Thanks awk..sampai gak awk kat Penang yee..sy pun x puas nak bawa awk ronda2 semua tmpat.Trip kite x ikut itinerary..ikut belasah ajer..hehe..hrp awk happy dtg cni..dtg laa lagi ek, wat monthly trip, all riseeee :p

  2. farha
    May 05, 2009 @ 14:20:31

    cam x caya je baru first time travel sorang
    i lagi slalu travel sorang la…

  3. Ripsta
    May 05, 2009 @ 14:59:13

    Sweet: same-same, insyaAllah ada rezki lagi saya datang lagi erk.. hehehe.. nak main masak2 kat fort.. :P

    Farha: mmg 1st time lor travel sorang2.. cuak gile.. ahahha

  4. crax
    May 05, 2009 @ 16:09:27

    woi! next time ni gi tuh..bg tau ak! nih nak mintak tlg nih..heheh

  5. farha
    May 05, 2009 @ 16:21:43

    gedik cuak
    :P

  6. ina
    May 06, 2009 @ 19:23:03

    nk cekelat! da bace sampei abes…

    part taik burung tu saye gelak guling2 taw~ huhuhu

  7. :)
    May 07, 2009 @ 03:13:34

    hasweeta saya nak pegi muzium toy

    p/s ady : bj is bukit jambul :P:D

  8. ur SWEETheart
    May 07, 2009 @ 11:05:04

    :) boleh ajer..tapi lebih kurang ianya mcm you pegi masuk toy’s R arr..bukan ader aper pun..umah sy pun dah mcm toy museum tu..hehe
    sy dah explain semua tmpat kat si Adi tu, berbuih2 mulut sy..iye2 die mcm ingat..alih2 semua die lupa..hehe..kena mai tiap2 bulan ni,baru boleh ingat kot.hehe

  9. dewid'
    May 07, 2009 @ 22:01:25

    rindu nak p penang ag..:(

  10. Kunci
    May 09, 2009 @ 17:19:32

    oooo patut leh je singgah sini.ngahahaha

  11. Ripsta
    May 11, 2009 @ 09:42:27

    sini tu macik ye cik kunci.. :D

  12. Tomatokiddo
    May 12, 2009 @ 10:31:30

    ko dah berubah d….ahakz

  13. Afendy
    Jan 19, 2010 @ 03:51:49

    BJ = Bukit JAmbul
    Uptown Penang tu org sini panggil nite market batu fringgi

  14. one
    Feb 11, 2010 @ 12:03:13

    yg candle lite diner tu mkn kat mana?tanya si sweetheart tu ley? :)

  15. AndyMidzi
    Mar 20, 2010 @ 07:30:58

    wo mai lagi penang wooo .. tak abis pusing lagik lah .. huhu ;p ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: