Menyambut Hari Ibu Haram atau Tidak Haram?

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum, ada sesetengah individu kuat mengatakan menyambut hari ibu adalah haram di sisi Islam. Ada yang mengeluarkan Hadis & Fatwa. Tapi lantaklah, bagi saya, menyambut hari ibu bergantung pada niat individu. Saya tidak bermaksud melanggar hukum Islam, tapi bayangkan jika saya menyambut hari ibu 365 hari setahun & tak pernah miss mengucapkan terima kasih pada ibu saya. Tiba-tiba hari saya berterima kasih jatuh pada hari ibu sedunia, adakah saya kira syirik @ haram kerana saya berbuat demikian pada setiap hari & pada hari saya berterima kasih itu ada pula hari khas untuk hari ibu yang dinyatakan haram @ syirik jika kita menyambut hari ibu?

Jawapannya, tidak haram @ syirik. Mengapa? Saya menyambut hari ibu atas dasar menghargai ibu saya dengan cara Islam walaupun disambut pada hari khas hari ibu sedunia. Mengapa tidak jika saya menyambut hari ibu dengan cara Islam? Saya mendoakan ibu saya agar sentiasa sihat, bahagia & panjang umur bahkan saya sedekahkan Al-fatihah pada ibu saya. Bukan saya menyambut hari ibu dengan ibu saya di karaoke @ minum arak @ melampau-lampau hingga khayal dengan dunia.
Dulu saya pernah disajikan dengan kisah ibu oleh seorang Ustaz masa saya keluar 3 hari bersama Jemaah tabligh (sumpah saya lupa ni kisah Nabi @ Wali Allah, saya terlupa kisah ini sekadar cerita atau ada dalam hadis ke tida) jika saya tipu, bermaksud Ustaz tu tipu saya, tapi bacalah untuk pedoman hidup. Kisahnya begini:

Nabi Allah (sumpah lupa Nabi yang mana) selalu pergi ke tasik (lagi sekali lupa tasik atau laut) dan termenung kerana dia terasa ada sesuatu dibawah tasik itu. Dipendekkan cerita, suatu hari Nabi Allah pergi lagi ketasik itu dan minta pada Allah “Ya Allah, kau timbulkanlah apa yang ada dibawah sana kerana keraguan & aku ingin tahu apa yang ada dibawah sana”. Allah perkenankan permintaan Nabi Allah ini, maka timbullah satu pulau yang indah, cantik & tenang. Nabi Allah terlihat satu kelibat manusia dan memanggilnya dari tepi tasik lalu berkata:

Nabi Allah: Wahai hamba Allah, bagaimana kau dapat hidup dengan suasa indah di pulau yang berada didalam dasar tasik itu? Adakah kau Solat setiap masa?
Hamba Allah: Tidak, wahai Nabi Allah. Aku tidak pernah Solat.
Nabi Allah: Adakah kau berzikir setiap masa wahai hamba Allah?
Hamba Allah: Tidak, wahai Nabi Allah. Aku tidak pernah Zikir.
Nabi Allah: Jadi apa perbuatan mu sampai Allah mengangkat darjat mu sebegini?
Hamba Allah: sepanjang hidupku, aku cuma menjaga ibu ku yang lumpuh hingga akhir hayatnya. Aku menyediakan makan minumnya, mandikan dia & setiap keperluannya aku sediakan. Aku menjaga ibuku penuh dengan kasih sayang sebagaimana ibuku menjaga ku dari kandungan dengan penuh kasih sayang.
Nabi Allah: Ya Allah, begitu mulia hatimu wahai hamba Allah, dengan menjaga ibumu sahaja Allah mengangkat darjat mu.

Sampai situ je Ustaz tu cerita kat aku. Moral of the story is, bukan nak suruh kita jaga ibu kita sampai lupa tanggung jawap kita sebagai umat Islam. Tapi, bagaimana seorang kafir yang menjaga & menghargai ibunya sampai Allah mengangkat darjatnya hingga Nabi Allah sendiri tidak dapat perkara itu. Wallahualam.

Jadi pada siapa yang mengatakan @ menganggap saya yang menyambut hari ibu itu syirik & haram. Biarlah saya syirik & haram, saya cuma pentingkan ibu saya dari kata-kata kalian. Siapa kalian nak menghukum saya jatuh syirik @ haram? Sedangkan Nabi Allah tidak pernah menjatuhkan hukum ini pula kita yang belum tentu syurga. Pada mereka yang menyambut hari ibu, saya tidak menghalalkan sesuatu, saya hari-hari menyambut @ menghargai ibu saya, apa salah saya menyambut hari ibu sedunia untuk ibu saya dengan lebih special untuk ibu saya dari hari-hari yang lain?

Kalau semua pun haram & syirik, hari jadi pun haram, hari merdeka pun haram, hari tahun baru pun haram, harimau pun haram. Macam haram lah kau ni. Akhir kata, terpulang lah pada niat individu sendiri. Kalau saya salah, biar lah saya syirik & haram. Saya sayang mak saya, biarlah saya sambut dengan cara saya sendiri, bukan mak kau pun. ini ucapan khas untuk ibu ku tersayang dunia akhirat.

Selamat hari ibu mak.
Terima kasih jaga adi dari dalam kandungan sampai sekarang.
Mak tetap akan masak hari2 walaupun penat.
Adi bangga dapat mak yang penyayang walaupun kadang2 mak marah memang makan dalam.
Tapi adi paham mak mesti tengah penat.
Adi sayang mak sangat.
Tiada ibu setanding mak yang tabah besarkan anak2 mak tanpa arwah ayah, masa kite tengah jatuh sangat masa tu. You’re the best mom.
If there a award for most lovely strong mom, it definitely goes to you mak.
You’re my Angel, you’re my soul, you’re my life.
Adi sayang mak hingga akhir nafas adi.

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

P/S: harini mak demam, tapi muka nampak berseri

Advertisements

Petua-petua Tradisional

Himpunan petua-petua orang tua-tua kita. Mungkin kita berada dizaman technology tinggi dan canggih, tapi petua-petua yang telah dicuba dan dipakai oleh orang lama mungkin lebih senang, berkesan dan murah. Cuba dulu baru tahu. Selamat mencuba :D

More

Rahsia Tarikh Lahir

Berikut adalah “Rahsia Tarikh Lahir” secara “Sains” & “Metafizik”. Kenali “Rahsia Personaliti” dari kiraan tarikh lahir. Kiraan tarikh lahir anda hendaklah dikira dari contoh dibawah dan jawapan akhir pada tarikh lahir anda adalah nombor personaliti anda. Selamat mencuba.

Rahsia Tarikh Lahir - Ripsta Studio

More

Pengorbanan Seorang Ibu, Kasih Tanpa Batasan (Kisah Benar)

This is a bittersweet story that has emerged from the Sichuan earthquake tragedy. When a house collapsed on a mother and her 3 to 4 month old infant, the mother protected the baby’s body with hers by kneeling prostrate over the baby. When rescuers arrived 5 days later, on May 17, they found the mother had been crushed to death, but that the baby was sleeping peacefully – alive. Shortly thereafter they found the mother’s cellphone, where she had written the text message to her baby that read More

Asal Usul Solat

Asal Usul Solat - Ripsta Studio

ASAL USUL SOLAT

 

More

Virgin

A very ‘straight and honest’ girl is going to Kuala Lumpur. Before she left, her mother gave her some advice. Daughter, when you’re in KL and if you’re looking for a match there, you must take note of the following requirements Mother set for you. You must find a man that is ‘faithful’, not ‘spendthrift’ and must be a ‘virgin’.

With this advice from her mother, the girl went to Kuala Lumpur. After some months later, she came home to her village to get her mother’s blessings to marry.

“Mother, I’ve met my match following your instructions. My future husband is faithful because when we went out for a holiday one day, he took care of me specifically even though there were so many prettier girls around. Isn’t that being faithful?” Her mother nodded in agreement.

“Then, since the day was getting late in the night and rain was
pouring, my boyfriend decided that we stay the night at a hotel.
He also suggested that in order not to spend too much, we shared one room only. Isn’t he not spendthrift guy?” For the second time her mother nodded her head in agreement, but with a little concern.

“And finally mum…, I know he is a virgin”.
“How did you know he is still a virgin?” The mother asked with repetition.

“Mmm….his “THAT ONE” is new……still wrapped up in plastic, mum!”

Another Pick Up Line – Sign

If you trying to figure out what the best pick up line to tackle a girl. You better try this move. It works and sweet.

p/s: Kalau anda tersakitkan hati orang (perempuan). Silalah nyanyi lagu ini.. sure die senyum :D

Previous Older Entries