Keranamu, IBU

Mak, masihkah Mak ingat 9372 hari yang lepas. Itu lah masa Mak bertarung dengan nyawa Mak untuk melihat nafas pertama anak kedua mak. Orang kata, banyak urat mak putus, banyak darah Mak keluar nak melahirkan Adi. Adi dapat rasakan kesakitan Mak pada anak kedua mak, tapi Mak tetap tabah dan kuat semangat berlawan dengan ajal. Adi dapat bayangkan senyuman Mak bila selesai melahirkan anak kedua Mak pada 6.45pm, 14

September 1983. Bertapa Mak gembira melihat anak yang dilahirkan dari kandungan Mak selama 9 bulan itu menarik nafasnya yang pertama. Walaupun dalam kesakitan selepas melahirkan dia, Mak tetap tersenyum dengan air mata Mak mengalir dari pipi Mak hingga jatuh ke bumi. Mesti Mak ingat lagi suara pertama anak Mak itu kan. Terima kasih Mak kenara memberi kelahiran untuk anak kedua mak.

9 bulan sebelum itu, Mak memberi kasih sayang pada arwah Ayah untuk anak Mak yang kedua. Mak selalu kata jangan mengalah, jadi yang terbaik. Memang mula dari sperm, antara berjuta sperm, anak mak yang berjaya mangatasi berjuta sperm yang lain. Sekarang, hasil dari sperm arwah Ayah dan ovum Mak, jadilah anak mak yang kedua ni bernama Adill Adzam selepas anak pertama Mak Akil Adam.

Mak melayan kerenah anak mak tanpa rasa penat, tanpa mengeluh, tanpa cerewet dengan seiklas hati Mak. Mak berkerja untuk membantu arwah Ayah untuk menyara kami dua beradik. Makan kami cukup Mak beri, Mak beri kami pakai baju yang cantik-cantik. Adi ingat lagi, setiap pagi sebelum Mak nak pergi kerja, Mak mesti sediakan susu dalam botol dan suapkan kat Adi masa adi tidur. Dalam kesibukan Mak kelam-kabut Mak nak uruskan semua hal, Mak tetap jalankan tanggung-jawap Mak.

6 March 2002, itulah tarikh yang tidak mampu kami sekeluarga lupa. Tarikh keramat dimana arwah Ayah menghembuskan hafasnya yang terakhir. Itulah saat Mak tidak melerakan pemergian arwah suami Mak yang tercinta. Mak sedar, dengan ketiadaan arwah Ayah, makin sukar Mak nak membesarkan kami. Adi ingat lagi, pada hari arwah Ayah dikebumikan, dalam poket Mak ada rm30 ringgit sahaja untuk meneruskan kehidupan dan menyara kami. Musibah datang tidak diundang, penyakit Mak menjadi-jadi, Mak tidak dapat duduk rumah bersendirian pada waktu malam hingga subuh, mungkin Mak lemah semangat. Tidak mengapa Mak, Adi temankan dan jaga Mak.

Mak berkerja keras untuk memberi sesuap nasi pada kami, Mak tidak pernah kenal erti penat. Adi nak kerja, tapi Mak tak kasi. Lagipun, Adi takut Adi terpaksa kerja sampai malam dan tidak dapat jaga Mak. Selama 4 tahun Adi jaga mak tanpa kerja dan keluar rumah. Sudah tiba masa Mak bersara dari berkerja, penat sungguh Adi tengok Mak hari-hari. Terkejar sana, terkejar sini, semata-mata nak cari rezki untuk keluarga Mak yang diwasiatkan oleh arwah Ayah.

Adi sudah tidak sanggup melihat Mak begini, sudah tibalah masa untuk Adi ambil alih tugas menjadi pewaris keluarga. Dengan ajaran Mak selama ini, dengan semangat yang Mak tunjukkan, ketabahan Mak menahan kesedihan, penat lelah dan sakit Mak selama membesarkan Adi. Adi mula menyambung rezki keluarga, biarlah Adi merasa semua kepenatan, sakit yang Mak alami selama membesarkan Adi.

Adi rasa bersalah sangat bila Adi tidak dapat menunaikan permintaan Mak. Adi rasa berdosa sangat bila mengenangkan semua benda bila Adi pernah menyebut “Ahhh” pada Mak. Adi selalu tidak dengar cakap Mak, Adi selalu melawan, Adi selalu bertindak ikut sesuka hati Adi tanpa memikirkan perasaan Mak. Tapi itu dulu masa adi masih lagi tidak matang dan tidak mengenal dunia.

Alhamdulillah, Adi dapat berdikari dengan contoh seorang Ibu yang bertanggung-jawap membesarkan anak-anak tanpa rasa menyesal melahirkan kami dan menganggap kami beban pada Mak. Apa yang adi mintak dulu, semua Mak bagi. Apa yang adi rasa nak makan, mesti Mak akan beli dan masakkan. Mak tidak pernah kata tidak. Mak tak pernah kata tidak boleh. Adi akan praktikkan semangat, ketabahan dan kegigihan Mak dalam diri Adi. Kalau Mak tak caya, Mak tanyalah kawan-kawan Adi.

Sekarang Adi dapat beri Mak apa yang Mak inginkan, apa yang Mak idamkan. Adi dapat buktikan bahawa anak Mak ini tidaklah patah semangat walaupun tiada sijil kelayakan tinggi mahupun sijil SPM. Tapi adi dapat berikan yang terbaik untuk Mak, Adi tidak akan mensia-siakan jasa dan segala titik peluh Mak membesarkan Adi. Adi bertanggung-jawap menjaga Mak sampai bila-bila, itulah wasiat sebelum arwah Ayah menghembuskan nafasnya terakhir pada Adi. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata arwah Ayah pada Adi “Jaga MaK baik-baik”, pada mulanya Adi tidak paham mengapa arwah Ayah cakap begitu, seumur hidup Adi itulah pertama kali Adi mendengar arwah Ayah ucapkan kata-kata keramat itu.

Adi nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Mak yang memberi Adi peluang hidup dalam dunia ni, yang memperjuangkan nyawa Mak untuk kelahiran Adi, yang memberi Adi titik permulaan hidup, yang memujuk Adi bila Adi menangis, yang selama ini menjaga siang malam untuk menjaga Adi masa kecil, yang melayan kerenah Adi tiap masa, yang menyediakan makan minum Adi, yang memberi pakaian Adi, yang memberi tempat untuk Adi berteduh, yang memberi semangat pada Adi, yang ketawa bila Adi buat lawak tapi sebenarnya tidaklah lawak pun, Mak tetap ambil hati Adi, Mak tetap layan adi, dalam susah-susah, Mak tetap ada disisi Adi. Walaupun Adi nakal dan pernah jadi jahat dulu, Mak tidak pernah sisihkan Adi. Adi banyak kali kecilkan hati Mak, tapi Mak tidak pernah cakap. Mak marah-marah Adi dulu, Adi marah Mak balik. Adi mintak maaf. Adi tidak terniat nak buat Mak macam tu. Sekarang, selagi Adi bernyawa, Adi akan jaga Mak sampai akhir hayat Adi. Adi tidak akan sia-siakan nyawa yang Mak berikan pada Adi 26 tahun dulu. Adi akan berjasa pada Mak, Adi akan membanggakan Mak nama anak Mak. Terima kasih Mak, Terima kasih yang tidak terhingga Adi ucapkan pada Mak.

Adi tidak tahu nak membalas kasih sayang Mak macam-mana. Duit ringgit mak tak nak. Adi cuma dapat berdoa pada Allah s.w.t. agar Mak sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, dicucuri rahmat, dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa berada antara golongan-golongan orang yang beriman.

Peluk cium untuk Mak yang tercinta, Adi sembah kaki Mak meminta keampunan dari hujung kaki hingga hujung rambut adi, dari mula adi bernafas hingga disaat ini, halalkan makan minum Adi. Tiada siapa dapat menyakitkan hati Mak dan mencederakan Mak selagi Adi masih bernyawa. Inilah balasan yang Adi dapat beri pada Mak yang menghadiahkan nyawa pada Adi. Adi sayang Mak. Kalaulah Adi tiada nanti, Mak bacalah warkah Adi ini. Mak adalah nyawa Adi, Adi sayang Mak sangat.

“Selamat Hari Ibu, Mak”

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Tanda Sayang Adi Pada Mak Yang Tercinta

18 Comments (+add yours?)

  1. farha
    May 11, 2009 @ 15:52:53

    sejuk perut mak u baca entry ni..

  2. Ripsta
    May 11, 2009 @ 16:02:21

    tu la.. i buh aircond kat perut die.. heheh

  3. ur SWEETheart
    May 11, 2009 @ 16:36:16

    awk mmg anak yang baik, even dulu noty sket kot..mudah-mudahan berkat usaha awk serta restu mak awk x putus2, awk akan berjaya dlm ape jua bidang awk buat..mesti abah awk tersenyum bangga kerana awk tahu ape maksud kata-katanya..percayalah

  4. Ripsta
    May 11, 2009 @ 16:42:33

    sy anak yang nakal..
    mak citer smalam..
    bile gi shoping mall.. sure sy lari sane sini..
    mak tak larat nak kejar..
    ahhahaha

  5. dewid'
    May 12, 2009 @ 00:08:07

    terharu d…:( im speechless…

  6. iamBELLE
    May 12, 2009 @ 23:06:57

    :)

  7. shee
    May 13, 2009 @ 01:00:44

    T___T adi budak baik

  8. copy/paste
    May 13, 2009 @ 16:07:23

    bertuah mak nya ngan anak cam ko ni~
    agak terharu sedikit.

  9. Ripsta
    May 14, 2009 @ 16:29:54

    dewi: jangan la speechless.. :(

    belle: smiles

    shee: shee pun baik gak.. adi ni nakal je.. heheh

    copy/paste: dah tanggung jawap bro.. tak salahkan buat baik kat orang yang melahirkan kita.. :D

  10. missivasaionji
    May 15, 2009 @ 11:02:41

    ~hehehehehe..nice stOty…lOve yOu abgkU..~

  11. cik annevanilalalala~~
    Jun 20, 2009 @ 22:15:55

    sgt terharu….^-~
    sy syg mak sy jgk…
    =)))

  12. hazni
    Jun 26, 2009 @ 16:38:15

    my dear,

    u make me sad. seriously
    touching sgt….
    am proud of u dear

    love u much……

    FRIEND -aznie-

  13. faranoah
    Aug 27, 2009 @ 23:34:54

    daddy~ lame x tgk blog ddy, baru trk video ddy.. raye nie fara nk mtk ampun ar kat ddy camtu..hahaha.. bley?

  14. Ripsta
    Aug 28, 2009 @ 09:24:55

    hahahha.. ngade la fara..
    takkannye fara nak mintak ampun kat ddy camtu..
    ehem2.. tahun ni wat open house agi tak..
    ddy mau serang umah fara agi.. :P

  15. faranoah
    Aug 29, 2009 @ 13:49:55

    hahaha, x pyh ar nk cium bagai, cium tgn sudey..hahaha..
    taun ni insyallah.. ingat nk request mak buat nasi minyak plak taun nie.. lain kali ddy dtg la awl sket umah fara, leyh mkn byk2..ddy taun nie bju raya kaler ape?

  16. Tasha
    Sep 11, 2009 @ 12:29:18

    bagus la awk cepat sedar kepayahan mak n bersedia korban untuk dia..
    its time 4 u to pay her back..kurangkan beban dia..
    m happy 4 u..hope my son will think like u bila dah besar kelak..if umur sha panjang insyaAllah..
    good luck to u..cari isteri yg sanggup korban untuk family awk k..xpecially ur mom k..
    all the best wish to u..

  17. ana
    Feb 28, 2010 @ 09:40:35

    cerita yang menyayat hati…
    apa pun ibulah orang yang paling berharga dalam hidup kita..
    senyum sokmo

  18. Discount Apparel
    Mar 24, 2010 @ 04:07:16

    This can be excellent information. You actually should send it to Reddit.

Leave a comment